Sunday, December 23, 2007


Piper betle or Daun sirih
Pernah terfikir tak kenapa dlm setiap hantaran pengantin pasti ada sirih junjung ataupun tepak sireh? I was wondering the same thing yesterday, and decided to do some research and reading about it. Prior to that my mum told me that sirih ni sebagai pelengkap adat..tapi kenapa ye?? Yelah kenapa tak daun pisang ke, or daun pandan ke? Tentu ada sbb kenapa sirih yg dipilih oleh masyarakat melayu dulu.
So to all bakal2 pengantin di luar sana, here are some facts and info about this 'piper betle or daun sirih':
-Bagi masyarakat melayu dahulu, selain dari kudapan harian, ia merupakan hidangan utama bagi tetamu bila saja mereka sampai di serambi rumah, kiranya sebagai lambang menghormati dan mengalukan tetamu.
- Dalam maksud perkahwinan pula ia membawa maksud tersirat iaitu untuk meminang / menyatukan dua pasangan. -Maksud dan lambang ini kekal sampai sekarang, tak berseri lah majlis atau tak lengkap lah majlis tanpa daun sirih ini.
Khasiat sirih pula memang pelbagai, antaranya :
Mengandungi PATI MINYAK yang boleh menegangkan kulit dan mengelakkan kedut-kedut muka pendek kata ada kesan untuk AWET MUDA.
Khasiat ASTRIGEN daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. ( Penting ni dlm penjagaan harian seorang wanita )
Di dalam bidang perubatan herba di Malaysia, menurut sejarah, sirih adalah tumbuhan asli dan antara jenis-jenis sirih ialah sirih melayu, sirih cina, sirih india, sirih jawa dan sirih indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba untuk memanaskan badan. Masyarakat India pula lebih mengaitkannya dengan penjagaan mulut dan rambut. Namun begitu, masyarakat Melayu yang lebih inti dengan sejarah sirih dan kepelbagaian kegunaannya, samada bagi tujuan perubatan, kecantikkan dan kebudayaan.
(Petikan dari :
http://www.biosirih.semarakmas.com
So the next time, hantaran sireh junjung dibuat, you will have sum ideas in mind the benefits and reason behind it.
For further info, you guls bolehlah baca :
http://www.cybermelayu.com/newriang/budaya/BUDAYA
Do Check Out Our Tepak Sireh Collections:-





No comments:

 

Blog Archive

© Copyright 4weddingku 2014 - Designed by Krafty Palette|Sign in